Connect with us

Tentang kami | PoppinScarf

PoppinScarf dilancarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011 {11.1.11} sebagai sebuah lagi blog membeli-belah dalam talian buat golongan muslimah. Pelbagai himpunan hijab ditawarkan antaranya instant hijab serta tudung syria dari jenama Ariani, Maira dan Hajra. Rekaan yang versatil dengan suntikan corak moden menjadi taruhan item-item hijab di PoppinScarf, selain jaminan fabrik berkualiti untuk keselesaan pelanggan.

Walaupun masih bertatih dalam dunia perniagaan blog, PoppinScarf sentiasa menawarkan tawaran menarik dengan perkhidmatan yang cekap dan mesra. Pelanggan boleh membeli-belah pada bila-bila masa, {24 jam sehari | 7 hari seminggu} dengan penuh selesa. Jika berminat dengan hijab yang diperagakan, hanya kirimkan SMS ke {012 213 4144} dan ia mungkin menjadi milik anda dalam tempoh beberapa hari lagi.

PoppinScarf diuruskan secara profesional oleh individu yang sangat mengagumi keindahan hijab, mencintai dunia kecantikan dan minat berniaga. Sokongan padu dari pelbagai pihak menjadi motivasi agar PoppinScarf terus berkembang menyertai pasaran hijab dan busana muslimah di Malaysia. Semoga doa dan cita-cita untuk bergelar ahli perniagaan tersohor suatu hari nanti akan dimakbulkan-Nya. Insya-Allah...

Selamat membeli-belah di PoppinScarf!


Regards,
lin alias for PoppinScarf
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...